~* Kisah Siti Fatimah RA dan pembantu
rumah ....
Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah
SAW.
Tertitis air matanya, berdukalah baginda.
Dialah satu-satunya puteri yang paling
dikasihi
oleh junjungan Rasul selepas kewafatan
isterinya
yang paling dicintai Siti Khadijah.
Itulah Siti Fatimah RA, wanita terkemuka di
dunia
dan penghuni syurga di akhirat.
Bersuamikan Saidina Ali bukanlah satu
kebanggaan yang menjanjikan kekayaan
harta.
Ini
adalah kerana Saidina Ali merupakan
kalangan
sahabat yang sangat miskin berbanding
dengan
yang lain.
Namun jauh di sanubari Rasulullah SAW
tersimpan perasaan kasih dan sayang yang
sangat
mendalam terhadapnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda kepada
Saidina
Ali, "Fatimah lebih kucintai daripada engkau,
namun dalam pandanganku engkau lebih
mulia
daripada dia."
(Hadis Riwayat Abu Hurairah)
Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti
Khadijah.
Tidak pernah membebani dan menyakiti
suami
dengan kata- kata atau sikap.
Sentiasa senyum menyambut kepulangan
suami
hingga hilang separuh masalah suaminya.
Dengan mas kahwin hanya 400 dirham hasil
jualan baju perang kepada Saidina Usman
Ibnu
Affan, dia memulakan penghidupan dengan
wanita yang sangat dimuliakan Allah SWT.
Bukan Sayyidina Ali tidak mahu menyediakan
seorang pembantu untuk isterinya tetapi
sememangnya beliau tidak mampu berbuat
demikian.
Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban
hari
bertungkus-lumus menguruskan kerja
rumah.
Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada
ketikanya bila Saidina Ali berada di rumah,
beliau
akan turut sama menyinsing lengan
membantu
Siti Fatimah menggiling tepung di dapur.
"Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada
suaminya.
Usaha sekecil itu, di celah-celah kesibukan
sudah
cukup berkesan dalam membelai perasaan
seorang isteri.
Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah
anaknya.
Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu
sedang mengisar biji-biji gandum dalam
linangan
air mata.
Fatimah segera mengesat air matanya
tatkala
menyedari kehadiran ayahanda
kesayangannya
itu.
Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah
hatiku,
apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga
Allah
menggembirakanmu."
Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai
ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu
penat
kerana terpaksa mengisar gandum dan
menguruskan segala urusan rumah seorang
diri.
Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan
bolehkah ayahanda meminta suamiku
menyediakan seorang pembantu untukku?"
Baginda tersenyum seraya bangun
mendapatkan
kisaran tepung itu.
Dengan lafaz bismillah, Rasulullah SAW
meletakkan segenggam gandum ke dalam
gilingan
itu.
Dengan izin Allah, maka berputarlah gilingan
itu
dengan sendirinya.
Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa
sangat
gembira dengan hadiah istimewa dari
ayahandanya itu.
Habis semua gandumnya digiling dan batu
itu
tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan
untuk
berhenti, sehinggalah Rasulullah SAW
menghentikannya.
Berkata Rasulullah SAW dengan kata-kata
yang
masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud
pernah
ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas,
namun ayahanda memilih kesenangan di
akhirat
untuk keluarga kita."
Jelas, Baginda Rasul mahu mendidik
puterinya
bahawa kesusahan bukanlah penghalang
untuk
menjadi solehah.
Ayahanda yang penyayang itu terus
merenung
puterinya dengan pandangan kasih sayang
lalu
berkata,
"Puteriku, mahukah engkau kuajarkan
sesuatu yang lebih baik daripada apa yang
kau
pinta itu?"
"Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti
Fatimah
kegirangan.
Rasulullah SAW bersabda :
"Jibril telah mengajarku beberapa kalimah.
Setiap
kali selesai sembahyang, hendaklah
membaca
'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah'
sepuluh
kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali.
Kemudian
ketika hendak tidur baca 'Subhanallah',
'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini
sebanyak tiga
puluh tiga kali."
Ternyata amalan itu telah memberi kesan
kepada
Siti Fatimah RA. Semua kerja rumah dapat
dilaksanakan dengan mudah dan sempurna
meskipun tanpa pembantu rumah.
~ Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita
yang
membuat tepung untuk suami dan anak-
anaknya
kelak Allah tetapkan baginya kebaikan dari
setiap
biji gandum yang diadonnya dan juga Allah
akan
melebur kejelekan serta meningkatkan
derajatnya.
~ Wahai Fatimah! Sesungguhnya wanita
yang
berkeringat ketika menumbuk tepung untuk
suami
dan anak-anaknya, niscaya Allah akan
menjadikan
antara neraka dan dirinya tujuh tabir
pemisah.
Itulah hadiah istimewa dari Allah SWT buat
hamba-hamba yang hatinya sentiasa
mengingati-
Nya.
0 komentar:
Posting Komentar